PELABUHAN KLANG, 14 OKT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah II (Selangor) merampas kenderaan mewah, minuman keras, besi sekerap, e-sisa serta beberapa komoditi lain bernilai RM30.4 juta dalam serbuan berasingan di Pelabuhan Klang antara Ogos hingga 4 Oktober lepas.